Search This Blog

Monday, July 19, 2010

share-share..


aku mengambil keputusan,blog aku ini bkn hanya bertumpu kpd perihal kereta aku sahaja,tp juga untuk kongsi pengalaman dan pengetahuan kpd semua orang..ok kembali kepada isi....

kali ini aku nak update tentang perkembangan terbaru kereta aku ni..sekarang aku dah beralih ke team baru..DIFFERENT..hal ni sbb team yang ni lebih kpd jiwa aku yg tamak kan kuasa kelajuan hehe gurau jer..sbbnya mmg la team ni sesuai dgn jiwa aku yang suka nak mod2 enjin ni..member team ni pun ada jentera2 yang sangatlah berkuasa. aku sudahupgrage kan sistem kereta aku ni sbb bila dah buat 40% mod,sistem kena la dinaik taraf. Ini spesifikasi yang sudah aku buat:

1. Turbo RHF4 VF13
2. blok 660T
3. fuel regulator - SARD
4. fuel pump 255lph
5.FMIC Jasma
6. adjustable campulley/lightweight crank pulley
7. E-manage Blue
8. Boost 1.5 Bar
9. Injctor 1G 310cc

ini spec yang aku tgh guna sekarang ini. bolehlah untuk pergi balik praktikal. Minyak???boleh tahan juga. terpaksa guna RON 97,bila guna RON95,cepat habis dan head kuat hentakan (knocking).


masa naik taraf semua ini, kena buat satu persatu. Bermula dari penukaran turbo IHI RHB31 kepada RHF4VF13. Selalunya, orang yang biasa menggunakan l2s ini akan kahwinkan tapak turbin rhf4 dengan tapak rhb31 untuk mendapatkan boost di awal rpm. Tapi, aku tidak mengaplikasikan spec itu, aku terus memasukkan turbin tersebut bersama-sama tapak asal rhf4. Pickup ada kuasa pecutan awal memang terpaksa dikorbankan. Boost hanya mula masuk pada rpm 4500. Tetapi, pecutan pada rpm tinggi memang terasa sangat( top end). oleh sebab pecutan sudah tiada, aku pun memasukkan barang untuk meningkatkan pecutan.

tidak lain dan tidak bukan, adjustable campulley.cam itu di 'advance' untuk mendapatkan pecutan di awal rpm. lebih cepat turbin akan berputar. setelah itu, boost turbo mula datang sekitar rpm 3500. kuasa pecutan bertambah sedikit hasil. crankpulley jg ditukar kepada yang lebih ringan.

bagi melancarkan lagi sistem minyak yang lebih efisyen bagi menampung kuasa turbo yang besar, maka injektor 1G, fuel regulator, dan fuel pump terpaksa dipasang. kemudian, sistem ecu dirombak semula menggunakan sistem Emanage Blue dari jenama Greedy. Boost pada awal adalah pada talaan 1bar, kemudian adjustable boost controller dipasang untuk menaikkan kadar boost ke 1.5 bar.

setelah siap untuk tahap ini, kereta telah mula beraksi. Hasilnya,memang memberangsangkan.


1 comment: